~~GARA-GARA TIDAK IKHLAS~~





Bismillahhirahmannirrahim...

Sesungguhnya segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati anak Adam bagaimanapun Dia inginkan. Selawat dan salam kepada Nabi akhir zaman, pembawa lentera bimbingan untuk membangkitkan kesadaran hati manusia yang telah lalai dan lupa akan hakikat kehidupan. 


Semoga Allah menambahkan kepada kita bimbingan dan pertolongan kerana sesungguhnya pada dunia akhir zaman ini adalah masa yang penuh dengan ujian dan godaan serta kekacauan yang meluas dalam pelbagai sudut kehidupan. Kita sangat memerlukan kehadiran hati yang diwarnai dengan keikhlasan. Hati yang ikhlas adalah hati yang selamat, sebagaimana firman Allah SWT:



"Pada hari kiamat itu, tidaklah bermanfaat harta dan keturunan kecuali bagi orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat." (QS. Asy-Syu'ara': 88-89)





Hati yang ikhlas itulah yang selamat




Ibnul Qayyim  rahimahullah menyatakan:  "Ia adalah hati yang selamat daripada segala syahwat atau keinginan nafsu yang menyelisihi perintah dan larangan Allah serta bebas daripada segala syubhah yang menyelisihi berita yang dikhabarkan-Nya." (Ighatsat al-Lahfan, hal. 15)


Ibnul Qayyim juga menyifatkan pemilik hati yang selamat itu dengan ucapannya; "Ia akan senantiasa berusaha mendahulukan keredhaanNya dalam keadaan apapun serta berupaya untuk selalu menjauhi kemurkaanNya dengan berbagai-bagai cara". Kemudian, beliau juga mengatakan; "Amal yang ikhlas kerana Allah, apabila dia mencintai maka cintanya kerana Allah. Apabila dia membenci maka bencinya juga kerana Allah. Apabila memberi maka pemberiannya itu karena Allah dan apabila tidak memberi juga kerana Allah..." (Ighatsat al-Lahfan, hal. 15)


Syaikh as-Sa'di rahimahullah berkata;" Hati yang selamat itu adalah hati yang selamat daripada syirik dan keraguan serta terbebas daripada kecintaan kepada keburukan atau dosa dan jika tidak, perilaku akan terus-menerus berkubang dalam kebid'ahan dan dosa. Apabila hati itu bersih daripada apa-apa yang disebutkan tadi, maka kesannya adalah ia akan menjadi hati yang diwarnai dengan lawan-lawannya iaitu; keikhlasan, ilmu, keyakinan, cinta kepada kebaikan serta kelihatan keindahan kebaikan itu di dalam hatinya sehingga keinginan dan rasa cintanya akan sentiasa mengikuti kecintaan Allah, dan hawa nafsunya akan tunduk dan patuh mengikuti apa yang datang daripada Allah." (Taisir al-Karim ar-Rahman [2/812])


Ayat-ayat Allah SWT yang memerintahkan keikhlasan



Allah SWT berfirman yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu al-Kitab dengan benar, maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama untukNya. Ketahuilah, sesungguhnya agama yang murni itu merupakan hak Allah."
(QS. az-Zumar: 2-3)


Firman Allah SWT yang bermaksud; "Padahal, mereka tidaklah disuruh melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan agama untuk-Nya dalam menjalankan ajaran yang lurus, mendirikan sholat dan menunaikan zakat. Demikian itulah agama yang lurus."
(QS. al-Bayyinah: 5)



* Allah SWT berfirman, yang bermaksud: "Berdoalah kepada Allah dengan mengikhlaskan agama dan amal untukNya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukai."
(QS. Ghafir: 14)


*  Firman Allah SWT yang bermaksud; "Dialah Yang Maha Hidup, tiada sembahan yang benar selain Dia, maka sembahlah Dia dengan mengikhlaskan agama bagiNya."
(QS. Ghafir: 65)





Hadis-hadis yang memerintahkan keikhlasan hati 


Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan kecuali yang ikhlas dan dilakukan demi mengharap wajahNya." (HR. Nasa'i,  dari Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu'anhu, sanadnya hasan, dihasankan oleh al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya')


Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling berbahagia dengan syafa'atku kelak pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan la ilaha illallah dengan ikhlas dari dalam hati atau dirinya." (HR. Bukhari dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu).





Gara-gara tidak ikhlas


Sulaiman bin Yasar berkata: "Suatu masa, ketika orang-orang mulai bersurai meninggalkan majlis Abu Hurairah, maka Natil, salah seorang penduduk Syam, berkata kepadanya, "Wahai Syaikh, tuturkanlah kepada kami suatu hadis yang pernah anda dengar dari Rasulullah SAW."


Abu Hurairah menjawab; "Baiklah, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda": "Sesungguhnya orang-orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah: 



1) Seorang lelaki yang telah berjuang demi mencari mati syahid. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun dapat mengenalinya.

Allah SWT bertanya kepadanya: "Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?". Dia menjawab, "Aku berperang di jalanMu sampai aku menemui mati syahid."

Allah SWT berfirman;


"Kamu dusta, sebenarnya kamu berperang agar disebut-sebut sebagai pemberani, dan sebutan itu telah kamu peroleh di dunia." 



Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan meniarap di atas wajahnya sehingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.




2) Seorang lelaki yang menimba ilmu dan mengajarkannya serta pandai membaca dan menghafal al-Quran. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun dapat mengenalinya. 


Allah SWT bertanya kepadanya; "Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?". Dia menjawab, "Aku menimba ilmu dan mengajarkannya serta aku membaca dan menghafal al-Qur'an di jalanMu."

Allah menimpali jawapannya;


"Kamu dusta. Sebenarnya kamu menimba ilmu agar disebut-sebut sebagai orang alim, dan kamu membaca al-Quran agar disebut sebagai qari'. Dan sebutan itu telah kamu dapatkan di dunia." 



Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.




3) Seorang lelaki yang diberi kelapangan oleh Allah serta mendapatkan kurnia berupa segala macam bentuk harta. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun dapat mengenalinya.

Allah bertanya kepadanya; "Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?". Dia menjawab, "Tidak ada satupun kesempatan yang Engkau cintai agar hamba-Mu berinfak padanya melainkan aku telah berinfak padanya untuk mencari redhaMu."

Allah menimpali jawapannya;


"Kamu dusta. Sesungguhnya kamu berinfak hanya demi mendapatkan sebutan sebagai orang yang dermawan. Dan sebutan itu telah kamu dapatkan di dunia."

Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka."




(HR. Muslim [1903], Syarh Muslim [6/529-530])


Hadis ini banyak memberikan faedah bagi kita dalam mengenal erti sebenar keikhlasan, antaranya:


[1] Dosa riak- iaitu beramal kerana dilihat orang dan demi mendapatkan sanjungan-adalah dosa yang sangat diharamkan dan sangat berat hukumannya. (Syarh Muslim[6/531]). 


Riak merupakan bahaya yang sangat dikhuatiri Nabi SAW akan menimpa orang-orang soleh seperti para sahabat. Baginda bersabda; "Mahukah ku khabarkan kepada kalian mengenai sesuatu yang lebih aku takutkan menyerang kalian daripada al-Masih ad-Dajjal?".

Para sahabat menjawab, "Mahu ya Rasulullah." Baginda bersabda,"Iaitu syirik yang samar. Tatkala seorang berdiri menunaikan solat lantas menyempurnakan solatnya kerana merasa dirinya diperhatikan oleh orang lain."
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah, al-Bushiri; at-Tam-hid, hal. 397, al-Qaul al-Mufid [2/55]).


Kalau para sahabat berasa demikian, maka bagaimana pula dengan manusia biasa seperti kita? 













[2] Dorongan agar menunaikan kewajipan ikhlas dalam beramal. Hal ini sebagaimana yang telah diperintahkan Allah SWT dalam ayatNya yang bermaksud:"Tidaklah mereka diperintahkan melainkan agar menyembah Allah dengan mengikhlaskan amal untukNya dalam menjalankan agama yang lurus."
(QS. al-Bayyinah: 5)





[3] Hadis ini menunjukkan bahawa dalil-dalil lain yang bersifat umum yang menyebutkan keutamaan jihad itu hanyalah berlaku bagi orang-orang yang berjihad secara ikhlas. Demikian pula pujian-pujian yang ditujukan kepada ulama dan orang-orang yang gemar berinfak dalam kebaikan hanyalah dimaksudkan bagi orang-orang yang melakukannya ikhlas kerana Allah SWT. (Syarh Muslim [6/531-532])




[4] Sesungguhnya ikhlas tidak akan berkumpul dengan kecintaan kepada pujian dan sifat rakus terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata;


"Tidak akan bersatu antara ikhlas di dalam hati dengan kecintaan terhadap pujian dan sanjungan serta ketamakan terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, kecuali sebagaimana bersatunya air dengan api atau dhaab, sejenis biawak dengan ikan, iaitu musuhnya juga." 
(al-Fawa'id, hal. 143)




[5] Keikhlasan merupakan sesuatu yang memerlukan perjuangan dan kesungguhan dalam menundukkan hawa nafsu. Sahl bin Abdullah berkata; "Tidak ada sesuatu yang lebih sulit bagi jiwa manusia selain daripada ikhlas kerana di dalamnya sama sekali tidak terdapat jalan untuk memuaskan hawa nafsunya." 
(Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal. 26). 



Sebahagian salaf berkata;


"Tidaklah aku berjuang menundukkan diriku dengan perjuangan yang lebih berat daripada perjuangan untuk meraih ikhlas." (Al-Qaul al-Mufid [2/53])


[6] Tercela dan diharamkanNya orang yang menimba ilmu agama tidak ikhlas kerana Allah. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menuntut ilmu yang semestinya dipelajari demi mencari wajah Allah akan tetapi dia tidak menuntutnya melainkan untuk menggapai kesenangan dunia maka dia pasti tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari akhirat kelak."
(HR. Abu Dawud dan disahihkan al-Albani, Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal. 22)


[7] Amalan yang dicampuri syirik, contohnya riak tidak diterima oleh Allah. Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT berfirman: Aku adalah Dzat yang paling tidak memerlukan sekutu. Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang dia mempersekutukan diriKu dengan selainKu, maka akan Kutinggalkan dia bersama kesyirikannya."
(HR. Muslim, lJami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal. 23)


[8] Sebesar apapun amalan, maka yang akan diterima Allah hanyalah amal yang ikhlas. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak menerima amalan kecuali yang dilakukan dengan ikhlas dan demi mencari wajahNya."
(HR. Nasa'i,  Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal. 21
)


Buah Keikhlasan


Di antara  syafaat yang paling agung diperolehi orang-orang yang ikhlas adalah diharamkanNya tersentuh api neraka. Rasulullah SAW bersabda: 


"Sesungguhnya Allah mengharamkan sentuhan api neraka kepada orang yang mengucapkan la ilaha illallah dengan ikhlas kerana ingin mencari wajah Allah SWT ."
(HR. Bukhari dan Muslim dari Itban radhiyallahu'anhu).



Orang yang ikhlas atau bertauhid akan selamat daripada hukuman kekal di dalam neraka, iaitu selama di dalam hatinya masih tersisa iman atau tauhid meskipun sekecil biji sawi. Dan apabila keikhlasan itu sempurna di dalam hatinya maka ia akan selamat dari hukuman neraka dan tidak masuk ke dalamnya sama sekali. 
( al-Qaul as-Sadid, hal. 17)



Orang yang mendapatkan keutamaan ini hanyalah orang yang ikhlas dalam mengucapkan kalimah syahadah. 




Hadis ini mengandungi bantahan bagi kaum Murji'ah yang menganggap bahawa ucapan la ilaha illallah' itu sudah cukup walaupun tidak disertai dengan harapan untuk mencari keikhlasan. Hadis ini juga mengandungi bantahan bagi kaum Khawarij dan Mu'tazilah yang beranggapan bahawa pelaku dosa besar kekal di dalam neraka, sementara hadis ini menunjukkan bahawa para pelaku perbuatan-perbuatan yang diharamkan tersebut dan tidak bertaubat sebelum matinya, tidak akan kekal di neraka, hanya pelakunya yang memang berhak menerima hukuman atau seksa di akhirat sana. [Al-Qaul al-Mufid ‘ala Kitab at-Tauhid (1/46)]




Selain itu, orang yang ikhlas juga akan berasa ringan dalam melakukan perbagai ketaatan yang pada umumnya terasa berat, kerana orang yang ikhlas sentiasa menyimpan harapan untuk mendapat pahala daripada Allah. Demikian juga, ia akan berasa ringan dalam meninggalkan maksiat, kerana berasa takut akan hukuman Rabbnya yang tertanam kuat di dalam hatinya. 


Orang yang ikhlas dalam beramal akan berusaha mengubah amalannya yang sedikit menjadi banyak pahalanya, sehingga ucapan dan amalannya akan membuahkan pahala yang berlipat ganda. Syaikh as-Sa'di rahimahullah mengatakan: 

"Amal-amal itu sesungguhnya memiliki keutamaan yang bervariasi dan pahala yang bergantung kepada keimanan dan keikhlasan yang terdapat di dalam hati orang yang melakukannya".        (Bahjat al-Qulub al-Abrar, hal. 17).






~~BUNGA IDAMAN ISLAM~~



Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

~~DEMAM : Percikan Api Neraka?~~







Pernah tak demam masa kita zaman budak-budak dulu? Mesti pernah dan apa yg mak kita akan buat? Bawa kita pergi jumpa doktor atau mak sendiri jadi doktor di rumah? Ada tak mak kita ambil tuala kecil, kemudian rendamkan dalam air asam jawa, pastu mak kita pun letak atas dahi kita. Ada tak? Semestinya ada. Betul tak wahai sahabat-sahabat sekalian?

Jadi di sini saya nak kongsi sedikit tentang ilmu FIQH PERUBATAN. 


APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM? 


  1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.
  2. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.
  3. Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.
  4. Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi. 

Last but not least, rupa-rupanya petua orang-orang tua dahulu sebenarnya sesetengahnya ada tertulis dalam hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: "Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati".




~Thank you was all I need~







" Thank you for contributing, Sir. And thanks for listening too. "

I replied, briefly, " You're most welcome, do keep up the good work, " and with a big smile, I left the Chinese lady I was talking to, who is a fundraiser for The Budimas Charitable Foundation. BUDIMAS is a reknown organisation in Malaysia, heavily involved in the care of orphaned and underprivileged children in the country.

I was approached by the lady who was at her Budimas booth, just as I was about to enter into the Cold Storage supermarket in Subang Parade. As our conversation ended and I made my way into the supermarket, I suddenly thought to myself about her very last sentence to me before we parted ways.

"...And thanks for listening too."

Those few words might not mean anything to some, but I took it quite profoundly for unknown reasons. To me, it showed the deep appreciation of the fundraisers to the people who actually did spare a few of their precious minutes to stop, and listen to what they have to say. I'm sure the fundraisers must have gotten so used to people ignoring them, passing by them as if they are not there.

That was when I told myself,

" I think I should thank you instead. For persevering to approach people even though mostly ignored you. For persevering to do a noble cause for the benefit of someone else and not just for yourself. "
I will always have a soft spot for altruism.

@>---~---<@

Last weekend, I was privileged to be invited as the main speaker in a summercamp event which took place in Sungai Congkak, Hulu Langat. The event, called " Weekend with AJ "with the main theme, " Transformers : Rise of The Fallen ", was participated by Malaysian university students from both local and foreign (ie United Kingdom and Ireland) institutions. The event was organised by a group of aspiring Malaysian students from Cork, Ireland who named their association as AtapHijau. The other invited speaker was my dearest friend, Imran Koyube, who is the current President and co-founder of the impressive ILuvIslam.

I was entrusted with the responsibility of delivering talks on four different topics, with my sessions being on Saturday morning and evening, as well as Sunday morning. Even though I could claim to be quite used to giving talks to vibrant youths via my personal experiences in the past, never have I been asked to become the main speaker for an event, and to deliver as many as four talks. Given the fluctuating state of my health condition, I was slightly concerned that I wouldn't be able to live up to the expectations of the organizers. What more, the organizers seemed to have done tremendous work in ensuring that the event would be a successful one, thus I know the talks must be equally impressive to achieve the objectives already listed.








Even though there were slight doubts on whether I would be able to cope given my health condition, I believed I could do this. An immense task it seems, the thought of contributing my part in developing my society just seemed an opportunity too hard to resist. A similar situation happened back in December 2009, when I decided to accept the invitation to give a talk in a winter camp event in Birmingham, United Kingdom, just a few weeks after having my high dose chemotherapy and autologous stem cell transplant. I just love the thought of 'giving' to others, thus providing me with the strength to withhold any challenges that might come my way.

The main challenge I discovered in delivering my talk in Sungai Congkak was the travels I had to make, which had its toll on my stamina. I decided to commute to Sungai Congkak on both days of my talk instead of staying at the event's accommodation for two reasons;

i) my strict diet regime makes it easier for me to have my meals at home.

ii)I was worried that I might not get good rest at the venue's accommodation and thus possibly affecting my performance to deliver the talks.


Every trip would take me about 45 minutes, longer if the traffic was congested. On Saturday, I made 4 trips altogether, back and forth, that by the time I reached home that night, I was totally knackered. Tired I was, I still had to finish up the powerpoint slides for the next day's talk and I must admit, a sense of frustration almost crept in. I almost blamed it on my cancer, believing that the Mas Afzal 3 years ago, free from cancer, would never struggle with this sort of pace.

But that was when I put such negative thoughts aside, and reminded myself to be thankful to Allah that in spite of my condition, I am not bed-ridden, in fact I'm well alive and kicking. That's more than I can ask, given my state. Eventually, I opened up my laptop and got on with completing my slides for the next day. Aiysha, my dearest sister, kindly enough gave me a therapy massage of my head and shoulder just to ease the accumulating tension building in my head. Mom, as usual, provided me with the words of encouragement. That's what families are for, aren't they?

In the end, I was generally satisfied with the talks I've delivered throughout the two days. There will inevitably be some loopholes here and there in my presentation, but these are always rooms for improvements. All I can hope for is that the participants, the youthful leaders of our future, have benefited from the content of my talks and are inspired to play their part to the society. 

I wish I could tell each and everyone of them, that 

" If I am not letting this terminal cancer of mine stopping me from 'giving' to humanity, then what more for them, all fit and well. Let us all RISE to glory! "
When some of the participants came up to me personally before I left the place and said,

" Terima kasih abang. " 
that was all that I needed to rejuvenate my tired mind, body and soul. Looking at their bright faces and witnessing the exuberance radiating from it is a therapy to the pain I suffer from my cancer. I guess it's true what they say, it is in giving that we actually receive. We receive the satisfaction in life. We receive the true meaning of being alive, that is to be of benefit to others.


And the best people are indeed those who are most helpful or beneficial for other people. Allah knows best.

~~ Wahai Para Pendakwah!!! ~~



KAMU... Mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu al-quran dan hadith. Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."

- Al-Baqarah, 42 -

Wahai para dai'e,
Dengarlah rintihan dan permintaan daripada kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan daripada kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.



"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

-Ali-Imran, 104 -

Wahai para dai'e,
Janganlah kamu sesekali merasakan diri kamu itu lebih hebat dan mulia daripada kami, kerana ianya hanya akan menyebabkan kami menjauhi kamu. Biarlah kami sendiri yang merasakan diri lemah dan jahil berbanding dengan kamu agar kami sentiasa mendekatimu untuk memperbaiki diri kami agar memperoleh keredhaan Allah.

"Zuhud-lah terhadap apa yang ada di dunia maka Allah akan mencintaimu, dan zuhud-lah terhadap apa yang ada di tangan manusia maka manusia pun akan mencintaimu."

- H.R Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad hassan -

Wahai para dai'e,
Berilah kami nasihat dan peringatan yang sesuai dengan tahap kemampuan iman kami, bersikap lembutlah terhadap kami, bantulah kami membentuk aqidah kami, janganlah engkau menyeru kami untuk menunaikan ibadah-ibadah sunnah sedangkan ibadah wajib kami tinggalkan.

Jawablah soalan-soalan kami dengan bijak dan sertakanlah sedikit jawapan tambahan agar boleh kami mengambil pengajaran yang bermanfaat, seperti mana Rasulullah saw apabila baginda ditanya sama ada air laut itu boleh dibuat wudhuk atau tidak, baginda menjawab

"Laut itu airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal" 

- H.R Malik, al-Syafi'e -


Wahai para dai'e,

Telah kamu ketahui tanggungjawabmu, maka tunjukkanlah kami teladan yang baik untuk kami ikuti. Janganlah kamu hanya menasihati kami dengan mulutmu, tetapi tidak dengan akhlakmu. Kita sendiri tahu bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka perbuatan seumpama itu.



"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

- Al-Baqarah, 44 -


Dan, telah kamu wahai para dai'e, menjalankan tanggungjawabmu. Maka tibalah giliran kami untuk menyampaikan nikmat Allah ini kepada saudara kita yang masih tidak mengetahui. Dan semoga kita dirahmatiNya...


"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya".
- Ad-Dhuha,11 -

~~Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja~~


Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.
Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung.
Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.
Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"
Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.
Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.
Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.
Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.
Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.
Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.
Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak.
Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun).
Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah.
Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.
Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.
Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.
Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.
Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini, soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!
Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.
Annisa: apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.
Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.
Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.
Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.
Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"
Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua, wassalam.