~~Bidang Keguruan: Antara Profession dan Professional~~


Bangsa yang maju adalah bangsa yang berkualiti pendidikannya. Hal ini kerana pendidikan merupakan kayu ukur bagi menentu kepada kemajuan serta kualiti sesebuah bangsa dan Negara. Kerana pendidikan merupakan sesuatu yang sangat vital bagi pembentukan karakter sebuah peradaban dan kemajuan yang mengiringinya. Kerana itu, tanpa pendidikan yang mencukupi dan sempurna, masyarakat akan kebelakang dan kurang mendapat tempat dalam kemodenan serta kemajuan di dunia.
Pendidikan yang maju tidak akan terlepas daripada peranan guru sebagai kunci kepada keberhasilan kemajuan pendidikan sesebuah institusi. Guru bukan sahaja mengajar subjek tertentu di dalam kelas bahkan mereka merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat. Mereka juga merupakan fasilitator yang melayan, membimbing, membina dan mengusung murid sebagai klien mereka bagi menuju ke gerbang kejayaan. Kemuliaan institusi pendidikan dan 'kemenjadian' pelajar bergantung kepada guru itu sendiri. Kerana itulah guru dituntut agar profesional dalam menjalankan amanah mereka sebagai pendidik.
Bagi melahirkan seorang guru sebagai modal insan yang berjiwa pendidik, professionalism dalam setiap tugas adalah suatu yang dituntut di dalam institusi, pekerjaan ataupun profession keguruan itu sendiri. Sikap professional dan kualiti kerja sebagai seorang pendidik merupakan satu aspek yang amat penting sekali dalam membangunkan sumber daya manusia. Menjadi profesional bererti menjadi ahli di dalam bidangnya tersendiri dan seorang ahli tentunya melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin. Akan tetapi, adakah semua ahli dapat menjadi seorang yang berkualiti?
Dalam perspektif mengembangan sumber daya manusia pula, menjadi professional adalah kesatuan antara konsep personaliti dan integriti yang dipadukan dengan kemahiran seseorang pekerja itu sendiri. Sudah pasti menjadi seorang guru haruslah mencakupi kateria di atas kerana guru merupakan satu profesion. Tetapi persoalannya di sini ialah, adakah profession itu profesional?
Pada kenyataan dewasa ini, kebanyakannya menjadi seorang guru adalah pilihan profession terakhir seseorang itu. Apabila tidak mendapat pekerjaan yang diingini, gurulah pilihan terakhir dan apabila menginginkan pekerjaan yang mempunyai ruang cuti yang banyak, maka gurulah pilihan terakhir. Bahkan ada yang memilih guru atas kapasiti untuk mengajar sahaja. Padahal guru adalah seorang yang dipertanggungjawabkan oleh masyarakat untuk mendidik generasi masa hadapan.
Cabaran seorang guru bukanlah seperti cabaran guru-guru terdahulu. Guru pada masa dahulu tugasnya hanya sekadar mengajar subjek tertentu sahaja di dalam kelas sehinggalah munculnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang pada masa kini dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang mempunyai hala tuju dalam konsep pembangunan generasi. Tugas guru pasca KBSR inilah yang memikul tugas dan tanggungjawab yang agak tinggi. Mereka bukan hanya sekadar mengajar subjek tertentu di dalam kelas, bahkan mereka juga merupakan operator kepada sebuah kurikulum pendidikan.
Tugas guru pada masakini memerlukan komitmen dan iltizam yang amat tinggi. Bukan sahaja kerana system pendidikan yang berubah, malahan suasana persekitaran juga turut berubah akibat daripada arus modenisasi bagi mendepani zaman ini. Ibu bapa semakin tangkas, anak-anak pula ada yang ganas. Kalau dulu, pelajar ditampar, didenda dan pelbagai hukuman diterima tanpa ada bantahan atau perasaan dendam terhadap guru. Jika mengadu kepada ibu bapa, mereka pula meminta pula yang meminta hukuman itu ditambah. Tetapi sekarang, guru merotan agar anak menjadi lebih sopan, dicemuh hingga ke mahkamah jadinya.
Justeru itu, guru merupakan orang yang layak dalam pembangunan karakter bangsa. Mereka perlu memikul semua ini dengan professional dan  sekaligus memberdayakan guru dalam konteks reformasi pendidikan. Hal ini kerana, profession sebagai seorang guru merupakan profession yang amat mulia sekali kerana merekalah yang membawa kunci kepada keberhasilah sistem pendidikan negara kita.
Konklusinya, tidak mandatori tetapi sebaiknya bagi semua bakal pendidik dan pendidik yang sedang bercampur gaul dalam dunia pendidikan, khususnya guru yang membaca muntahan pendapat penulis ini agar menjadikan apa yang baik sebagai acuan. Kerana guru adalah mata rantai dan pilar peradaban dan benang merah bagi proses perubahan dan kemajuan sesuatu masyarakat dan bangsa.

No comments: