~Hari-hari terakhir ku di Tadika Manja Dinamik~~


~~berjalan-jalan mencari masa depan yang bermakna~~

hari ney..last sye bekerja di Tadika itu..kerana sy dpt panggilan bhw sy kena g bangi..kerana ada punca pencarian di sana..alhamdulillah..Allah bg aku rezeki yg sgt akan ku manfaat kan..pd mlm ni jugak sye akan bertolak ke Kuala Lumpur..Kajang..yg berdekatan dengan Bangi..Insya Allah...semoga Allah permudahkan segala urusan saya disana..amin..terima kasih kepada keluarga sy sebb bg sy peluang ke sana n beri sokongan kepada sy..sy harap kawan2 sy di situ dpt menerima sy seadanya..insya Allah...
Apepon sy akan jd anak yang baik,solehah,student yang cemerlang,ustazah yg berjaya didunia dan diakhirat...Insya Allah..amin...shbt2..doakan sy..


p/s: jadilah seorang yang berguna kepada semua org..yakin pd diri sendiri...serta sentiasa berdoa dan usaha kerana Allah Taala...

~~Banjir di Perlis~~

salam kepada semua....kelmarin dan kelmarin dulu..ujan lebat sgt2..syukur alhamdulillah pada hariney hari yg indah..Allah itu Maha Mendengar hamba2 nya berdoa..sesungguh Allah itu Maha Berkuasa...Ya Allah...ku bersyukur kepadamu...semlm kuar dgn akak sye..ya Allah...air bah...teruk..kesian pd saudara2 kita yg laen...hurm...kalau sye seorang yg kaya..dengan kekayaan yg Allah pinjamkan kepada ku...akan ku derma pd orang2 yg susah...tp ak tidak layak menerima kekayaan itu..mungkin ade org lain...yg boleh tlg..subhanallah....Allah Maha Berkuasa...ku berharap di perlis air dh kering...dan hari panas sentiasa..mungkinkah Allah nak beri kita pengajaran...ya pasti..untuk beri amaran kepada kita...hurm..sye sgt risau...

p/s: saudara2 marilah kita bertaubat selagi masih ade waktu...=)

~~Rawatlah Hati Kita~~



"Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?", tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.

Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain.

Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stokin kaki,sedap di pandang mata. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik stokin tangannya sedikit ke depan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.

'aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku,'bisik si syaitan yang durjana.

Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah, Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap 'sempurna' oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namun kesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!

Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?

Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi si kakak naqibah, berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan 'kebaikan' dirinya yang tiada nilai di sisi Allah taala.

Naudzubillah..

Itulah bahayanya riya' dan ujub!

Melakukan sesuatu bukan keranaNya, tetapi kerana pandangan manusia
dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..

Kita yang sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa 'hanya akulah yang paling layak memberi nasihat'

Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa 'akulah yang paling hebat dan pandai'

Kita yang sering bangun paling awal dipagi hari, menyebabkan rasa 'akulah yang paling baik antara yang lain' dan banyak lagi detik-detik hati hasil dari bisikan syaitan.

Syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus!

Tanpa kita sedari,ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita. Maka waspadalah!

Seringlah menjaga hati dari penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita.

Ingatlah kata-kata Allah taala,

"Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya" [Al-Kahfi: 103-104]

Moga kita tidak tergolong dalam mereka yang sia-sia amalannya.

~~Sakit - Antara Penghapus Dosa Dan Peningkat Darjat~~



Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.

Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.

Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?

Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.

Menghapus dosa

Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.

Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.

Sakit yang meninggikan darjat

Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.

Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.

"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.

"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.

Sakit rohani punca kejahatan

Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.

Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.

Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.

"Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.

"Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar," ujarnya.

Taubat menyucikan dosa dan noda

Menurut Zaharuddin, taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.

Katanya, Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-hamba-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Rencana ini dimuatkan dalam tabloid iLuvislam edisi ke-44. Antara rencana menarik dalam keluaran minggu ini adalah :

Sakit - Ujian atau Kifarah Dosa?
Muslim Playboy, Muslimah Playgirl
Dekati Manusia Dengan Kasih Sayang
Aurat Nikah dan Sanding Berbeza
Pasangan Muallaf
Kembalikan Insan Kepada Fitrah
Ketelitian Jamin Kesihatan Jiwa dan Fizikal
Aura Nasihat dan Teguran
Si Dzatun Nithaqin Yang Berani
Kita Sering Melihat Diri Serba Cukup
Dan macam-macam lagi..

~~Semua Orang Melakukan Kesilapan~~



KETIKA memandu ke tempat kerja pada setiap pagi, saya biasa berdepan dengan kenderaan yang melanggar lampu merah, berhenti di petak kuning, memandu perlahan di lorong laju, memandu laju dan memotong di lorong perlahan atau pun memintas kereta saya tanpa memberi lampu isyarat pun.

Ada masanya, saya berdepan dengan kenderaan di hadapan yang lambat sangat bergerak ketika lampu isyarat bertukar hijau, kereta yang mengubah haluan dan memasuki lorong saya di tempat pembayaran tol atau membunyikan hon apabila saya mengambil masa yang lama untuk menyeberangi simpang empat.

Apa yang akan saya lakukan apabila ternampak kesalahan-kesalahan jalanraya, kurang timbang rasa pemandu lain atau mereka yang menyusahkan pemanduan saya? Saya tidak lakukan apa-apa. Tersenyum tidak, marah pun saya tidak lakukan. Malah, saya maafkan mereka meskipun saya membebel sendirian. Mengapa? Kerana kesemua kerenah, telatah, gelagat dan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu-pemandu itu sebenarnya pernah saya lakukan.

Maafcakap. Saya tidak berniat langsung untuk menggalakkan pelanggaran etika dan undang-undang di jalanraya. Malah, saya penjunjung kedaulatan undang-undang. Kesalahan-kesalahan itu kadangkala saya lakukan, tidak dibuat hari-hari sebagai satu tabiat seseorang yang suka melanggar peraturan.

Dalam pada itu, saya sedar dan memahami si pelaku kerana saya juga pernah melakukan kesalahan jalan raya sepertinya. Oleh kerana saya pernah buat kesilapan dan kesalahan jalan raya sebagai pemandu, maka saya patut menerima seadanya jika saya ternampak mereka yang melakukan kesilapan dan kesalahan itu.

Pendek kata, jika kita pernah melakukan sesuatu dosa ketika kita lalai, kita mestilah bersedia untuk memahami dan memaafkan mereka yang melakukan dosa yang sama seperti yang pernah kita lakukan. Mungkin, mereka yang melakukan kesalahan itu alpa atau mempunyai masalah lain hingga tidak sengaja atau terpaksa melanggar peraturan.

Sebaliknya, apa yang banyak kita lihat pada hari ini ialah, terdapat mereka yang mengkritik, mencerca, menghina, malah menghukum mereka yang melakukan sesuatu kesalahan, seolah-olah dia atau keluarganya sendiri tidak pernah melakukan kesalahan itu. Seolah-olah dia manusia yang tiada dosa sama sekali. Inilah sikap dua kali lima yang kita anuti tanpa disedari.

Oleh kerana tidak sedar akan kelemahan diri, yang ada ketikanya dua kali lima juga seperti orang lain, maka kita berlagak seperti orang yang amat bagus ketika berada dalam suasana yang baik. Kita mengata orang yang bersolat laju, sedangkan kita sendiri selalu lewat mendirikan sembahyang.

Kita menjegil mata pada orang yang memotong barisan kita di pejabat pos, tetapi kita minta tolong anak saudara kita yang bekerja di bank untuk mendahulukan transaksi kita. Kita memarahi anak yang tidak sudah-sudah hendakkan mainan baru sedangkan kita juga tidak habis-habis menghias kereta hingga kosnya menelan beribu ringgit.

Kita meleteri isteri yang membuang masa dengan bergosip bersama jiran, padahal kita menghabiskan berhari-hari memancing di tempat yang jauh. Kita memarahi kakitangan yang lewat datang mesyuarat, walhal kita terus batalkan mesyuarat bila kita sedar yang kita terlewat menghadirinya.

Sikap dua kali lima ini terjadi apabila kita asyik mencari kesalahan orang tetapi tidak ingat akan kesilapan diri sendiri. Ia berlaku kerana kita suka sangat memandang ke luar, dan tidak pandai memandang ke dalam diri. Muhasabah bukan menjadi cara untuk mengenali kelemahan diri. Kerana tiada cara mentarbiah diri, maka diri dirasakan baik dan bagus sedangkan orang lain buruk. Sikap begini tidak disukai Allah dan Rasul.

Bersabda RasululLah s.a.w: "Wahai sekelian yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka ALLAH akan mencari keaibannya. Sesiapa yang ALLAH cari keaibannya, maka ALLAH akan mendedahnya sekalipun di rumahnya. (Hadis sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad)


-Artikel iluvislam.com